Home / Blog / 5 Gred Yang Mesti Anda Tahu Ketika Membeli Online

5 Gred Yang Mesti Anda Tahu Ketika Membeli Online

Kalau cerita pasal online, masih ramai ragu-ragu ketika membeli. Mesti ada saja bisikan nak tahu barang tu ori atau tidak. Menurut pengalaman saya sendiri memang betul lah sebab kadang-kadang barang yang sampai ke tangan pengguna tu tak sama seperti yang dilihat dalam online. Nak tahu kenapa, jum lihat jadual gred barang yang di jual melalui online. Kadang-kadang penjual lupa nak bagi tahu.

GredKeterangan
Gred A– Gred paling low dan paling murah.
– Barang dari gred ni di copy dari design asal hanya dalam 10% sahaja. Kadang-kadang ada yang tak nampak macam design yang ditiru dari ori langsung.
– Contohnya, kasut adidas jadi adidos. Harga pasaran untuk gred ini bisanya bermula RM10-RM50
Gred AA– Gred dan design ok-ok la mampu milik.
– Barang dari gred ni dicopy dari design asal hanya dalam 50% sahaja.
– Biasa harga pasaran tidak lebih dari RM115 dan bergantung pada jenis barang tersebut.
Gred 3A– Gred pertengahan. Gred biasa yang paling ramai seller jual.
– Design dah cantik. Barang dari gred ni dicopy dari design asal dalam 70%.
– Harga market juga biasanya tidak lebih RM150 bergantung kepada jenis barang.
Gred 5A
atau High Premium Quality
– Gred yang setakat ni jarang-jarang seller jual sebab beza barang dan harga cuma sedikit sahaja dengan gred 1:1.
– Barang dari gred ni dicopy dari design asal dalam 90%. Biasanya, barang dari gred ni memang copy sebijik macam ori, tapi disebabkan ada yang tidak cukup syarat jadi diletakkan dalam kategori ini.
– Contohnya, design barang sudah copy sebijik satu persatu macam ori tapi kotak atau tag pula yang tidak sama.
Original 1:1 atau
Copy Ori atau
Copy 1:1
– Gred ini adalah gred copy yang paling mahal. Gred yang sama sebijik 99% dengan design ori.
– Apa yang kita dapat semasa beli di butik, macam itulah yang kita dapat semasa membeli barang gred 1:1. Contohnya, kotak, tag, kad dan lain-lain.
– Senang cerita tiada cacat celah selagi orang tersebut tidak teropong barang guna kanta pembesar.

Tapi bagi pendapat saya sendiri, copy tetap copy dan ori tetap ori. Kalau kita jenis orang yang memang nak kan barang ori 100%, kita perlu bersedia untuk keluarkan bajet yang lebih besar.

Moga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Bakul Tempahan Kosong

Anda masih belum membuat pilihan produk untuk dimasukkan ke dalam bakul tempahan anda.

Cari Produk