Home / Blog / 5 Sebab Orang Suka Beli Online

5 Sebab Orang Suka Beli Online

Zaman sudah berubah. Yang dulu kita kata mustahil pun dah banyak yang berlaku. Sama juga dengan cara hidup kita hari ini. Cara kita menjalani kehidupan hampir-hampir pusing 360 darjah. Betul tak? Kalo masih tak percaya, lihat sahaja cara kita berbelanja. Mengikut kajian, peningkatan membeli secara online meningkat secara mendadak 5x ganda tahun lepas. Tapi kenapa?

Saya akan share 5 sebab kenapa orang kita start suka beli barang secara online:

  1. Mudah. Kita boleh shopping bila-bila masa yang kita suka. Tengah malam pun boleh shopping. Tiada siapa yang marah dan kacau. Maksud saya tidak kena kacau oleh shop assistant (bukan salah dia) yang asyik ikut di belakang kita.
  2. Harga lebih murah. Ini mungkin disebabkan peniaga sudah tidak perlu sewa permis untuk start berniaga. Yang best bila dapat diskaun setiap kali buat pembelian. So, tidak paya susah-susah nak minta diskaun.
  3. Jimat berbelanja. Kita sudak tidak perlu susah-susah nak naik bas atau sibuk isi minyak untuk ke mall. Lepas tu apabila lapar, singgah pula ke kedai makan then bajet belanja pun akan lari ke tempat lain.
  4. Tidak perlu bersesak. Kalau anda perasan, kalau bersesak semua benda jadi kelam kabut. Nak buat keputusan membeli pun kena cepat-cepat sebab takut nanti kena berbaris panjang-panjang. Padahal nak beli t-shirt RM10 je pun. So nanti adalah la tu yang tidak ngam dengan barang yang kita beli.
  5. Bebas buat pilihan dan keputusan. Part ini paling best sebab kitab boleh cari barang di mana-mana kedai yang kita suka dan kita sendiri yang decide nak spend berapa. Kalau tak pasti pun, kitab boleh chat tanya. Tiada masalah. Kalau dalam mall, lepas tanya segan pula kalau tidak beli. Dimana nak letak muka kan!

Jadi, apa-apa pun pilihan kita sama ada nak membeli secara maya atau pun kedai nyata, sentiasalah berhemah semasa berbelanja. Kalau boleh, jadilah pembeli dan pengguna yang bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Bakul Tempahan Kosong

Anda masih belum membuat pilihan produk untuk dimasukkan ke dalam bakul tempahan anda.

Cari Produk