Home / Soalan Lazim

Soalan Lazim

  1. Bolehkah saya buat tempahan walaupun saya tidak mendaftar?

Boleh. Pendaftaran tidak wajib. Anda boleh buat tempahan seperti biasa. Isi semua maklumat yang diberikan sebelum hantar tempahan (order) anda.

  1. Apa kelebihan mendaftar sebagai pengguna?

Anda boleh akses semua maklumat, rekod, status dan nombor traking barang yang ditempah. Pendaftaran disediakan secara percuma untuk membolehkan anda membuat semakan rekod tempahan selain dari email & kemaskini maklumat yang terdapat di halaman My Akaun masing-masing.

  1. Boleh saya mendaftar walaupun tidak membuat sebarang tempahan (order)?

Boleh dan sangat digalakkan.

  1. Boleh saya buat tawaran harga?

Boleh. Sila gunakan chat order (whatsapp) yang disediakan untuk hantar tempahan berserta dengan harga yang anda tawarkan.

  1. Adakah saya perlu buat pembayaran semasa membuat tempahan?

Tidak. Anda tidak perlu bimbang. Anda boleh membuat tempahan sebanyak yang mungkin tanpa membuat sebarang pembayaran. Maklumat pembayaran akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pihak kami memastikan barang yang ditempah ada stok dan boleh dihantar ke alamat pelanggan.

  1. Bolehkah saya buat tempahan dan hantar ke alamat yang berlainan?

Boleh. Sila tick pada ruang Kirim ke alamat yang berlainan dan lengkapkan maklumat penerima.

  1. Boleh saya buat tempahan secara C.O.D?

Tidak. Setakat ini kami masih tidak menjalankan perniagaan secara C.O.D.

  1. Boleh saya beli secara kredit atau hutang?

Tidak. Semua urusan jual-beli dijalankan secara tunai.

  1. Apa bukti yang boleh saya gunakan selepas membuat tempahan & pembayaran?

Semua maklumat tempahan & pembayaran akan dihantar melalui email. Anda disarankan menggunakan email yang aktif.
Bagi mereka yang sudah mendaftar sebagai pengguna, anda boleh merujuk maklumat tempahan yang disimpan dalam My Akaun masing-masing.

  1. Boleh saya buat tuntutan sekiranya saya tidak menerima tempahan setelah buat pembayaran?

Boleh. Sila kemukakan bukti untuk membuat tuntuan pembayaran semula kepada kami. Anda dijamin akan mendapat wang pulangan 100% sekiranya bukti yang dikemukakan benar & berasas.

0
Bakul Tempahan Kosong

Anda masih belum membuat pilihan produk untuk dimasukkan ke dalam bakul tempahan anda.

Cari Produk